Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy Watch

Mungkin Ini Spesifikasi Yang Ada Pada Galaxy Watch4

Diterbitkan Mei 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Galaxy Watch daripada Samsung mungkin bukanlah sebuah jam tangan pintar yang menjadi kegemaran ramai atas faktor harganya yang premium.

Ia ditambah lagi dengan sistem operasi Tizen yang banyak pengguna Android kurang biasa gunakan.

Baca juga – Galaxy Watch baharu dijangka menjalankan wear OS

Namun, Samsung dilaporkan untuk menggunakan Google Wear OS pada peranti Galaxy Watch baharu nanti. Walaupun begitu, ia akan menjalankan One UI tetapi berasaskan Wear OS.

reaksi galaxy watch3
Galaxy Watch3

Selain itu, fungsi SmartThings masih lagi ditawarkan pada peranti tersebut. Malah, terdapat ciriĀ walkie-talkie seperti mana yang dilihat dalam Apple Watch menerusi watchOS 5.

Baca juga – Samsung Exynos 2200 mahu bersaing dengan cip Apple M1

Akan tetapi sensor untuk memantau kadar gula dalam darah mungkin belum lagi diberikan.

Mungkin Ini Spesifikasi Yang Ada Pada Galaxy Watch4
Galaxy Watch3

Baca juga – Samsung bakal perlihatkan tiga teknologi OLED baharu

Tambahan lagi, Sammobile turut menyatakan dimana tiga model Galaxy Watch sedang dibangunkan. Model pertama adalah seperti jam tangan klasik dengan bezel berputar.

Sementara, dua lagi model adalah lebih memfokuskan rekaan bercirikan sukan atauĀ sporty.

Buat masa sekarang, tiada maklumat lain berkaitan tanda harga jualan untuk barisan Galaxy Watch ini. Tarikh pengumumannya pula dijangka pada Julai 2021 bersama-sama peranti boleh lipat Samsung.

Sumber: Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY