Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme-Pad-imej komputer

Mungkin Ini Spesifikasi realme Pad Yang Akan Dilancar Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan Ogos 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Pertama kali diumumkan pada Jun lalu, tablet pertama realme bukanlah sesuatu yang rahsia. Jika Xiaomi telah membuat kemunculan kembali tablet mereka bulan ini, realme mungkin tidak perlu menunggu lama.

Terdapat laporan menyatakan spesifikasi realme Pad didedahkan. Ia mungkin tampil dengan skrin 10.4 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 90Hz serta bateri berkapasiti 7100mAh.

Selain itu, ia dikatakan mempunyai sistem empat pembesar suara seperti Mi Pad 5 dan juga dilengkapi sebuah kamera dibelakang. Manakala di dalamnya akan dijana cip pemproses Snapdragon 870.

realme Pad

Melihat spekulasi tersebut, spesifikasinya amat mirip dengan laporan sebelum ini yang mendakwa rekaan realme Pad didedahkan. Walau apa pun, tablet ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Dengan ini, peminat akan mempunyai lebih banyak pilihan memandangkan pasaran tablet Android kian rancak.

Sumber: notebookcheck

Foto utama: 91Mobile

Baca juga:

  • HONOR Tab V7 Pro Dilancar Dengan Cip Tablet MediaTek Baharu
  • Siri Mi Pad 5 Terjual Sebanyak 200 Ribu Unit Hanya Dalam Masa 5 Minit
  • Dijangka Samsung Galaxy Tab S8 Dijana Snapdragon 898

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY