Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel 7

Muncul Pixel 9, Google Tamatkan Siri Pixel 7 Dan Pixel Fold

Diterbitkan Ogos 14, 2024 oleh ariff bukhari

Betullah apa yang dikata, barang lama usah dikenang. Begitulah yang terjadi pada barisan telefon pintar Android Google Pixel 7, Pixel 7 Pro dan Pixel Fold selepas ia ditamatkan apabila siri Pixel 9 dilancarkan Google hari ini.

Malah, Pixel Fold juga digantikan dengan model Pixel 9 Pro Fold yang baharu. Tetapi, model Pixel 7a dan Pixel 8 masih tersedia.

Ia bukanlah mengejutkan kerana Pixel 7 dan 7 Pro kini sudah pun berusia dua tahun, jadi adalah normal untuk Google sekurang-kurangnya mengeluarkannya dari stor dalam talian mereka dan menggantikannya dengan siri Pixel 9 baharu.

harga pixel 9

Peminat Pixel di Malaysia pula pastinya cukup teruja kerana akhirnya Google membawa masuk telefon pintar mereka secara rasmi ke pasaran tempatan.

Berikut adalah senarai harga rasmi siri Pixel 9 di Malaysia:-

Pixel 9

  • Pixel 9 12GB + 128GB – RM3,999
  • Pixel 9 12GB + 256GB – RM4,499

Pixel 9 Pro

  • Pixel 9 Pro 128GB – RM5,199
  • Pixel 9 Pro 256GB – RM5,699
  • Pixel 9 Pro 512GB – RM6,299

Pixel 9 Pro XL

  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 128GB – RM5,699
  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 256GB – RM6,199
  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 512GB – RM6,799
  • Pixel 9 Pro XL 16GB + 1TB – RM7,999

Untuk mereka yang berminat dengan Pixel 9 Pro Fold pula, anda terpaksa menunggu lebih sedikit masa lagi.

Pra pesan siri Pixel 9 kini boleh dibuat terus dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllk20i
  • Lazada: https://invol.co/cllk20l

Sumber: 9TO5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY