Mula Sebagai Laman Web, Carsome Kini Dilapor Akan Masuk Nasdaq Selepas Dilabur CEO Mediatek

Carsome, platform jualan kereta terpakai dilaporkan sedang berusaha meletakkan nama mereka di Nasdaq dan Bursa Saham Singapura (Singapore Stock Exchange).

Terdahulu, mereka telah menerima dana sebanyak RM729 juta yang kemudiannya menjadikan Carsome sebagai syarikat unicorn terbesar Malaysia yang bernilai RM5.6 bilion.
Syarikat unicorn merujuk pada syarikat pemula persendirian yang mempunyai nilai lebih $1 bilion. (~RM4 bilion).

Antara pelabur syarikat anak tempatan ini ialah CEO Mediatek, Tsai Ming-Kai, Lance Gokongwei dari Filipina dan Patrick Grove, pengasas iCar Asia dan iflix.

Februari lalu, Carsome telah mengambil alih iCar Asia milik Patrick Grove pada nilai RM828 juta.

carsome certified lab nasdaq singapore Kapsyen: Makmal Carsome yang mampu membaik pulih sehingga 2,000 kereta setiap bulan. Sumber: Carsome


Sebulan selepasnya pula Carsome berjaya mendapatkan pegangan majoriti dalam CarTimes, sebuah syarikat automotif dari Singapura.

Diasaskan oleh Eric Cheng dan Teoh Jiun Ee pada 2015, Carsome kini beroperasi di 4 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura dengan lebih 3,000 orang pekerja.

Sumber: Forbes

Baca juga:

Berkaitan