Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
genshin impact

Muat Turun Genshin Impact Cecah 17 Juta Di Peranti Pintar Dalam Empat Hari Pertama

Diterbitkan Oktober 7, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada hujung september yang lalu, permainan Genshin Impact secara rasminya dilancarkan buat pelbagai platorm termasuk PlayStation 4, PC, Android dan iOS.

Permainan aksi pengembaraan dunia terbuka imersif ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pemain. Ia mencatat lebih kurang 17 juta muat turun di platform Android dan iOS.

17 million downloads in 4 days on mobile.

This doesn't even include PC and PS4 downloads. https://t.co/bWCew5BmW9

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) October 5, 2020

Jumlah ini juga tidak termasuk dengan muat turun dari PC dan PlayStation 4. Menurut pembangun permainan ini, ia merupakan salah satu permainan dari China yang mendapat sambutan hangat sejak ia dilancarkan.

Muat Turun Genshin Impact Cecah 17 Juta Di Peranti Pintar Dalam Empat Hari Pertama

Buat anda yang tidak tahu, permainan ini mirip permainan Zelda:Breath of the Wild yang merupakan permainan buat Nintendo Switch dan Wii U tapi dalam bentuk anime.

Permainan ini ada unsur gatcha akan tetapi ia tidak menghalang untuk pemain memainkannya kerana permainan ini boleh dimuat turun secara percuma di semua platform. Jumlah muat turun ini sudah pasti akan meningkat lebih tinggi selepas ini.

Sumber: Gamesradar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY