Permainan Genshin Impact Kini Sedia Dimainkan Di Android, iOS, PC, Dan PS4

Akhirnya permainan Genshin Impact kini sudah boleh mula dimainkan secara global. Ia merupakan permainan pelbagai platfom merenstasi PlayStation 4, PC, Android, dan iOS.

https://youtu.be/SY3XGzDousM

miHoYo iaitu pembangun aplikasi ini, sebelum ini popular dengan permainan Honkai Impact.

Untuk Genshin Impact, ia merupakan permainan aksi pengembaraan dunia terbuka imersif yang mempamerkan karakter dan juga penceritaan yang menarik.

Genshin Impact merupakan permainan percuma yang boleh dimuat turun dan dimainkan sekarang. Apa yang menarik, selain rentas-plaftorm, ia juga turut disertakan dengan ciri rentas-simpan data antara platform juga.

Namun, ciri tersebut hanya di 3 platform sahaja iaitu PC, Android, dan iOS. Untuk PS4, ia tiada ciri ini.

Laman rasmi: Genshin Impact

 

Berkaitan