MSI Raider GE HX Series - Komputer Riba Dengan Prestasi Dekstop

MSI siri Raider GE HX merupakan salah satu produk baharu yang dilancarkan MSI dalam acara MSI Ahead of The Curve selain Titan GT77. Pada kali ini, MSI memperkenalkan MSI Raider GE77 HX dan MSI Raider GE67 HX.

Kedua-dua komputer riba ini dikuasakan Intel® Core™ i9-12900HX, sebuah cip pemprosesan mudah alih yang paling berkuasa. Tambahan lagi, MSI menggandingkan kad grafik gaming terbaik di pasaran, Nvidia GeForce RTX 3080 Ti pada peranti dalam siri Raider GE HX ini.



Anda tidak perlu risau akan masalah kehabisan bateri kerana MSI telah melengkapkan kapasiti bateri 99.9WHr yang mampu menyokong waktu permainan yang lebih lama.



Di samping itu, MSI juga menyokong hingga 2 slot memori RAM DDR5 hingga 64GB pada kedua-dua peranti Raider GE HX. Antara perbezaan ketara MSI Raider GE77 HX dan MSI Raider GE67 HX adalah paparan skrin mereka.

MSI Raider GE77 HX menggunakan paparan panel IPS yang menyokong kadar segar semula hingga 360Hz pada resolusi FHD dan 120Hz untuk tetapan resolusi paling tinggi, UHD.



Sementara itu, MSI Raider GE67 HX adalah komputer riba pertama di dunia dengan paparan OLED yang menyokong kadar segar semula tertinggi hingga 240Hz. Peranti ini juga mempunyai masa tindak balas antara yang terendah pada 0.2 ms.

MSI Raider GE77 HX


Berikut merupakan spesfikasi penuh MSI Raider GE77 HX:

  • Intel® Core™ i9-12900HX

  • Windows 11 Home / Windows 11 Pro
    (MSI menyarankan Windows 11 Pro untuk kegunaan perniagaan)

  • GPU sehingga GeForce RTX™ 3080 Ti Laptop GPU 16GB GDDR6

  • Memori RAM DDR5-4800 (Maksimum 64GB)

  • Mystic Light dengan rekaan pencahayaan aurora panoramik.

  • Solusi pad penyejuk haba berubah fasa yang eksklusif daripada MSI

  • 17.3" UHD (3840x2160), Kadar Segar Semula 120 Hz, 100% DCI-P3, IPS-Level panel (Pilihan)

  • 17.3" QHD (2560x1440), Kadar Segar Semula 240 Hz, 100% DCI-P3, IPS-Level panel (Pilihan)

  • Kapasiti bateri 99.9Whr

  • Cooler Boost 5 dengan 2 kipas dan 7 paip haba

  • MSI Center yang menawarkan 'Gaming Mode' yang eksklusif, SmartAuto yang baharu, dan Ambient Silent AI

  • Papan kekunci 'gaming' Per-Key RGB daripada SteelSeries

  • Pembesar Duo Wave yang ditala oleh sistem Dynaudio


MSI Raider GE77 HX akan didatangkan dengan 3 variasi, 12UHS, 12UH dan 12UGS dengan perbezaan komponen kad grafik. Anda boleh membaca spesifikasi penuh melalui pautan ini.

MSI Raider GE67 HX


Berikut merupakan spesfikasi penuh MSI Raider GE67 HX:

  • Intel® Core™ i9-12900HX

  • Windows 11 Home / Windows 11 Pro
    (MSI menyarankan Windows 11 Pro untuk kegunaan perniagaan)

  • GPU sehingga GeForce RTX™ 3080 Ti Laptop GPU 16GB GDDR6

  • Memori RAM DDR5-4800 (Maksimum 64GB)

  • Mystic Light dengan rekaan pencahayaan aurora panoramik.

  • Solusi pad penyejuk haba berubah fasa yang eksklusif daripada MSI

  • 15.6" QHD (2560x1440), Kadar Segar Semula 240 Hz, 100% DCI-P3(Tipikal), OLED panel(Pilihan)

  • Kapasiti bateri 99.9Whr

  • Cooler Boost 5 dengan 2 kipas dan 7 paip haba

  • MSI Center yang menawarkan Gaming Mode yang eksklusif, SmartAuto yang baharu, dan Ambient Silent AI

  • Papan kekunci 'gaming' Per-Key RGB daripada SteelSeries

  • Pembesar Duo Wave yang direka oleh sistem Dynaudio


Untuk siri Raider GE67 HX, MSI menawarkan 3 variasi model, 12UHS, 12UH dan 12UGS. Anda boleh membaca spesifikasi penuh variasi model untuk siri Raider GE67 HX melalui pautan ini.
Beli produk MSI di:

Lazada - https://invol.co/cl9s4l8
Shopee - https://invol.co/cl9s4lt

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Baca juga: