Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Macam Konsol Tapi Bukan, Ini PC ‘Gaming’ Baharu Dari MSI

Macam Konsol Tapi Bukan, Ini PC ‘Gaming’ Baharu Dari MSI

Diterbitkan Mei 30, 2022 oleh Firdaus

MSI MAG Trident S 5M merupakan produk PC ‘Gaming’ Desktop baharu yang diumumkan MSI dalam Computex 2022. MAG Trident merupakan satu platform gaming mudah alih dan pilihan terbaik untuk ruangan gaming dalam bilik anda.

Macam Konsol Tapi Bukan, Ini PC ‘Gaming’ Baharu Dari MSI

MSI MAG Trident S 5M dilengkapi dengan AMD Ryzen 7 APU (Accelerated Processing Unit) yang merupakan satu cip pemprosesan dengan GPU terbina di dalamnya. Tambahan lagi, teknologi FidelityFX Super Resolution yang ada tersedia mampu meningkatkan kadar bingkai per saat lebih 2 kali ganda.

MSI Trident S

Papan induk pada MAG Trident S 5M ini mempunyai 2 set storan SSD PCIE Gen 3 dan pemacu keras 2.5 inci. Oleh itu, storan-storan ini memudahkan pengguna untuk menyimpan lebih banyak permainan dan juga fail.

Antara tarikan menarik adalah penggunaannya yang ringkas dan mudah. Pengguna hanya perlu aktifkan MSI APP Player melalui software Game Stadium dari MSI, anda sudah boleh duduk di atas kerusi dan sedia untuk bermain game kegemaran anda.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Baca juga:

  • MSI Melancarkan 2 Kad Grafik RTX 3090 Ti Baharu
  • Siri Titan GT77 MSI Kini Dikuasakan Intel Gen-12
  • MSI Perkenal Monitor QD-OLED Dengan Skrin Melengkung 1800R

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY