Mozilla Persiapkan Fenix, Pelayar Web Android Yang Bakal Menggantikan Firefox

Mozilla kini dilaporkan sedang dalam usaha untuk mempersiapkan pelayar web baru bagi platform Android.

Bakal dikenali sebagai Fenix, ia difahamkan akan menggantikan pelayar web sedia ada, Firefox. Fenix yang sudah berada dalam fasa pembikinan sejak beberapa bulan lepas, dibangunkan dengan antaramuka baru yang lebih mesra pengguna serta menyasarkan kepada golongan muda.

Mozilla turut menyatakan sokongan akan diberikan kepada pengguna Firefox sehingga Fenix benar-benar sedia dilancarkan.

Ketika ini penamatan Firefox untuk Android masih belum dapat dipastikan lagi, tetapi berdasarkan dokumen oleh Mozilla menunjukkan tahun 2020 merupakan tahun terakhir bagi pelayar yang dikenali sebagi "Fennec", dikatakan kod nama bagi Firefox.

Sumber: Android Headlines