Sudah menjalani ujian sejak Ogos 2017 lagi, ia ditawarkan secara percuma dan boleh digunakan dari mana-mana pelayar internet.
Menariknya tentang servis ini, setiap fail yang dimuat naik akan disulitkan (encrypted) dan menawarkan pilihan tamat tempoh, seperti...
- failĀ dipadam secara automatik selepas muat turun ( 1 hingga 100 kali muat turun) atau
- mengikut tempoh masa yang ditetapkan (5 minit hingga 7 hari).
Jika tiada tetapan tidak diubah, fail akan dipadam terus dalam masa 24 jam.
Pengguna juga boleh melindunginya menggunakan kata laluan. Setelah memuat naik, pautan untuk muat turun akan diberikan dan boleh terus dikongsikan kepada sesiapa sahaja.
Kapasiti fail yang dihantar terhad kepada 1GB tetapi jika mendaftar akaun Firefox Send, pengguna boleh hantar sehingga 2.5GB.
Firefox Send juga bakal hadir sebagai aplikasi pada peranti Android dimana, versi Beta sedang dipersiapkan.
Mahu cuba perkhidmatan ini? Boleh lawati Firefox Send
Berkaitan
- OPPO Gandakan Usaha Untuk Membangunkan Cip Pemproses Tersendiri
- Apple Kongsi Sedikit Maklumat Mengenai Teknologi AI Kereta Pandu Sendiri
- Mozilla Hentikan Firefox OS
- Google Mahu Bangunkan Cip Pemproses Sendiri Untuk Pixel Dan Chromebook
- Penyelidik Jepun Cipta Kaca Yang Boleh Pulih Dengan Sendirinya Apabila Retak
- Kemaskini Firefox 56 Untuk Android Akan Henti Sokongan Adobe Flash
- Intel Beli Syarikat Teknologi Kenderaan Pandu Sendiri Dari Israel - Mobileye
- Teknologi Kamera Baru Ini Bakal Bantu Kereta Pandu Sendiri Melihat Objek Yang Terselindung
- Firefox Akan Senyapkan Video Yang Bermain Secara Automatik
- Jabatan Bomba Di 3 Buah Negeri Ini Mempunyai Aplikasi Telefon Pintar Tersendiri