Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firefox 72

Mozilla Mengumumkan Penamatan Sokongan Flash

Diterbitkan November 21, 2020 oleh ariff bukhari

Pembanguna aplikasi pelayar Firefox, Mozilla mengumumkan bahawa mereka akan mula menamatkan sokongan terhadap Adobe Flash pada 26 Januari 2021.

Mozilla memaklumkan, pelayar Firefox 84 adalah versi terakhir yang akan menyokong Flash. Versi Firefox 85 dan terbaru tidak lagi akan menyokong Adobe Flash.

“On January 26, 2021 when we release Firefox version 85, it will ship without Flash support, improving our performance and security.” Mozilla.

Penamatan itu adalah sedikit lewat daripada pihak Adobe sendiri yang akan menamatkan sepenuhnya sokongan Flash Player pada 31 Disember 2020.

Tetapi bagi pengguna Nightly dan Firefox versi Beta, sokongan terhadap Flash adalah lebih awal iaitu masing-masing bermula dari 17 November dan 14 Disember 2020.

Sementara pemalam (plugin) Adobe Flash untuk Firefox pula akan mula berhenti memainkan kandungan Flash selepas 12 Januari 2021.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY