Motorola Mengacah RAZR Boleh Lipat Bakal Dilancarkan 13 November

Berita mengenai Motorola bakal membuat kemunculan semula peranti ikonik RAZR mereka telah berlegar di internet sejak tahun lepas. Pada hujung September lalu, pihak Motorola telahpun memberitahu bahawa peranti itu akan tetap dilancarkan sebelum tahun 2019 berakhir.

Hari ini, melalui CNET, Motorola telah menghantar jemputan yang mengacah kepada pelancaran peranti boleh lipat mereka itu.



Dengan kapsyen "An original unlike any other", ia jelas merujuk kepada telefon legenda RAZR mereka yang pernah menjadi jualan laris pada awal dekad 2000-an dahulu. Mengikut CNET lagi, jemputan itu disertakan dengan kapsyen "You're going to flip".

Peranti dengan skrin boleh lipat ini dilaporkan akan hadir dengan harga mencecah $1500 (~RM6,272). Juga dilaporkan ia akan dijana oleh Snapdragon 710 dan bersaiz 6.2 inci.

Melihatkan beberapa masalah yang dialami oleh Huawei dan juga Samsung dalam mengeluarkan peranti boleh lipat mereka, adakah Motorola dapat mengelakkan isu yang sama? Sama-sama kita nantikan pelancarannya bulan hadapan.

Sumber : CNET

Berkaitan