Monster Hunter: World Diadaptasikan Dalam Permainan Papan, Akan Dijual Pada Tahun 2021

Permainan membunuh dan memerangkap raksasa, Monster Hunter: World di PC dan PS4, kini sedang dibangunkan dalam bentuk permainan papan.

Steamforged Games, pembangun yang bertanggung jawab membangunkan permainan papan ini sebelum ini turut hadir dengan permainan papan dari judul seperti Dark Souls, Resident Evil 2, Horizon: Zero Dawn, dan yang terbaru Devil May Cry.



Permainan papan ini akang mengetengahkan model raksasa plastik dan akan dipasarkan dalam lingkungan harga 100 USD (~RM417).

Untuk Monster Hunter: World ini, ia akan membawakan pemain ke dalam ekspedisi yang mempunyai had masa. Pemain perlu menggunakan masa dengan bijak untuk mencapai objektif dan memenangi permainan.

A comparative render of game pieces. Epic monsters are more than 13 centimeters tall, while player characters are just 3 centimeters tall.

Setiap ekspedisi akan dibahagikan kepada beberapa sesi main, dan setiap sesi mempunyai pelbagai fasa seperti persiapan, memburu, dan juga perlawanan dengan raksasa.

Menurut Mat Hart, pengasas bersama permainan ini, fokus dan keseronokan utama ketika bermain adalah datangnya dari perlawanan dengan raksasa tersebut.

Pemain akan mempunyai statistik seperti nyawa, stamina, dan juga kad untuk gerakan. Untuk setiap senjata, ia boleh dinaik taraf yang seterusnya menambahkan lagi jumlah bilangan kad yang boleh diterima pemain.

Steamforge mencadangkan untuk memuatkan sebanyak 4 jenis raksasa dan satu kawasan/tempat untuk harga permulaan permainan. Sehubungan dengan itu, set dan aksesori tambahan adalah dijual berasingan.

Permainan papan Monster Hunter: World ini akan dijual pada tahun hadapan menerusi kempen Kickstarter.

Dari: Polygon