Menurut laporan, penggunaan cip berasaskan ARM pada komputer Mac dikatakan dapat meningkatkan lagi prestasi komputer Mac serta memberikan ketahanan bateri yang lebih baik.
Kini, leakers terkenal Jon Prosser telah mendedahkan acara pelancaran MacBook dengan cip ARM buatan Apple dijangka akan berlangsung pada 17 November ini.
https://twitter.com/jon_prosser/status/1316908204681498624
Bagaimanapun, selain tiada pengesahan dari Apple mengenai acara ini, masih belum dapat dipastikan model MacBook yang mana akan menerima cip ARM ini.
https://twitter.com/imeannobody/status/1316963304301015040
Dalam pada itu, perkembangan terkini memperlihatkan Apple dilapor telah menghantar dokumen pensijilan kepada Eurasian Economic Commission (EEC) bagi dua model baharu MacBook.
Dengan pensijilan EEC yang kebiasaannya muncul beberapa minggu sebelum pelancaran, kemungkinan Apple akan melancarkan model baharu MacBook pada tarikh tersebut.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Apple Sahkan Pepijat Pada iPhone 14 Pro, Gagal Berfungsi Selepas Pindahkan Data
- Acara Khas Apple Akan Berlangsung 15 September Ini
- Aplikasi Dark Sky Dibeli Apple, Sokongan Peranti Android dan WearOS Akan Ditamatkan Julai Ini
- Apple Dijangka Umum Produk Baharu Seawal Esok
- Apple Dijangka Tambah Model iPhone Baharu, Lebih Mahal Daripada Pro Max
- Apple Mungkin Terpaksa 'Lupakan' iPad Lipat Jika Gagal Hilangkan Kesan Lipatan
- Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
- Apple Terima Paten Untuk Swafoto Berkumpulan Dengan Amalkan Penjarakan Sosial
- Apple Disaman Kerana Tidak Membuang Aplikasi Telegram Dari App Store
- Kuo: Apple Mungkin Akan Memperluas Pengeluaran MacBook Ke Thailand