Model Konsep Vivo APEX 3 Akan Dipertontonkan Pada MWC 2020

Beberapa tahun yang lepas, kita sedia mendengar tentang sebuah peranti konsep dikenali sebagai Vivo APEX. Ia diperlihatkan sebagai telefon pintar yang tidak mempunyai sebarang butang fizikal dan port pengecasan seperti telefon pintar sedia ada.

Ciri imbasan cap jari dan kamera terangkat merupakan salah satu ciri yang terdapat pada model konsep Vivo APEX pertama. Dua ciri akhirnya berjaya dibawa ke dalam peranti sebenar melalui Vivo NEX. Vivo APEX versi kedua pula dipertontonkan dalam negara pada April tahun lalu.

Kapsyen: Vivo APEX kedua yang dipertontonkan di Malaysia pada tahun lalu


Kini pada tahun 2020, model konsep generasi ketiga akan bakal membuat kemunculan tidak lama lagi. Dikhabarkan, Vivo sedang bersiap sedia memperlihatkan Vivo APEX 3 pada acara MWC 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 23 Februari bertempat di Barcelona.

Peminat Vivo pastinya ternantikan-nantikan ciri baru yang akan dilengkapkan pada Vivo APEX 3. Berdasarkan penawaran yang dibuat sebelum ini, kita boleh menjangkakan ciri APEX 3 mungkin akan diketengahkan pada model telefon pintar generasi akan datang.