Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
amazfit bip s

Model Baharu Amazfit Bip S Membawakan Ketahanan Bateri Sehingga 40 Hari

Diterbitkan Januari 9, 2020 oleh Meor Hasyim

Sekilas pandang pun sudah kenal. Sebelum ini sudah mendengar berita bahawa akan ada model terbaharu Amazfit Bip S yang akan dilancarkan pada CES 2020. Jadi ia baru sahaja dilancarkan semasa acara tersebut.

Walaupun model Amazfit Bip S merupakan versi yang terbaharu, rekaannya tetap tidak berubah jauh dengan model yang asal. Dengan Bip S, ia membawakan penawaran jam pintar yang lebih mesra rekaan dengan ketahanan bateri yang lama.

Seperti model sebelumnya, Bip S hadir dengan paparan jenis transflective. Paparan jenis ini sangat berguna terutamanya ketika outdoor kerana ia akan semakin terang mengikut tahap kecerahan cahaya yang disuluhkan. Skrinnya bersaiz 1.28 inci TFT LCD dengan resolusi 176 x 176 pixel.Model Baharu Amazfit Bip S Membawakan Ketahanan Bateri Sehingga 40 Hari

 

Jika Bip asal mempunyai kalis air IP68, Bip S lebih hebat lagi dengan 5ATM. Bateri bersaiz 190mAh dan masih mengekalkan ketahanannya sehingga 40 hari. Fungsi GPS pada jam juga mendapat kemaskini. Ia mempunyai cip GPS Sony 28nm baharu yang lebih tepat dalam pengesanan lokasi dan juga pencarian satelit. Jika pengguna menggunakan fungsi GPS selama berterusan, jam hanya akan bertahan selama 20 jam sahaja.

 

Amazfit Bip S battery life

Fungsi utama jam adalah pemantauan kadar degupan jantung menggunakan BioTracker PPG sensor yang baharu. Selain itu, jam juga turut dimuatkan dengan Personal Activity Intelligence (PAI) yang mengukur keberkesanan aktiviti terhadap jantung anda. Seperti biasa terdapat juga kawalan muzik, cuaca, jam penggera, notifikasi panggilan, mesej dan sebagainya lagi.Amazfit Bip S featured

 

Fungsi lain jam termasuklah Bluetooth 5.0 dan 10 mod kecergasan. Amazfit Bip S akan berharga 69.90USD (~RM285) dan mula dijual pada bulan depan.

Sumber: Amazfit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY