Setiap manusia memerlukan ruang untuk berbual tanpa rasa diganggu. Begitu juga dengan perbualan menerusi aplikasi pemesejan. Terbaru, Facebook dikhabarkan sudah bersiap sedia memperkenal ciri "Perbualan Rahsia" pada aplikasi Messenger. Mod baru ini akan memastikan hanya dua orang sahaja yang mampu melihat teks perbualan mereka. Apa yang lebih mengejutkan lagi, Facebook sendiri tidak mempunyai akses terhadap perbualan dalam mod rahsia itu.
Mod perbualan rahsia itu menggunakan enkripsi end-to-end sama seperti aplikasi Whatsapp, Viber, Line dan aplikasi pemesejan terbaru dari Google, Allo. Mesej hanya akan dihantar kepada apa sahaja peranti yang digunakan untuk memulakan atau yang memberi tindak balas pertama kepada perbualan. Untuk mudah difahami, jika anda menggunakan mod itu pada telefon pintar, anda tidak akan dapat membaca teks perbualan pada komputer riba anda.
Facebook juga memberi pilihan kepada pengguna untuk membiarkan mesej yang spesifik hilang dalam masa 5 saat atau pun 24 jam. Fungsi ini saat berguna jika kita terlupa untuk memadam perbualan. Ciri perbualan rahsia ini boleh dihidupkan apabila anda mahu memulakan perbualan di dalam aplikasi Messenger. Anda perlu memastikan telefon pintar anda dan juga penerima mesej menggunakan iOS atau Android versi yang terkini kerana mod ini tidak akan berfungsi jika anda tidak mengemaskini sistem operasi anda.
Sumber: CNN
Berkaitan
- Vivo Bekerjasama Dengan Bo Linneman Untuk Hasilkan Logo Baru
- WhatsApp, Facebook Dan Instagram Alami Masalah Akses
- Amerika Syarikat Beri Lesen Lanjutan 2 Minggu Kepada Huawei
- Dua Vivo V19 Satu Harga Melalui Pelan Maxis Zerolution
- Kemaskini Google Docs Yang Terbaru Mempertingkat Fungsi Edit Dan Carian
- Mi 10 Pro Raja Baru DxOMark
- Mobile Legends: 10 Tips Bermain Bagi Anda Yang Sering Kalah (Bahagian 2 - Akhir)
- GoPro Hero5 Black dan Hero5 Session Mula Di Pasarkan Di Malaysia Minggu Hadapan
- Aplikasi Lukisan Realiti Maya Dilancar Google
- Teknologi 10 x Zoom Optikal Bakal Dipertontonkan OPPO 16 Januari Ini