Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mod Perbualan Rahsia Diperkenal Facebook

Mod Perbualan Rahsia Diperkenal Facebook

Diterbitkan Oktober 5, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Mod Perbualan Rahsia Diperkenal Facebook

Setiap manusia memerlukan ruang untuk berbual tanpa rasa diganggu. Begitu juga dengan perbualan menerusi aplikasi pemesejan. Terbaru, Facebook dikhabarkan sudah bersiap sedia memperkenal ciri “Perbualan Rahsia” pada aplikasi Messenger. Mod baru ini akan memastikan hanya dua orang sahaja yang mampu melihat teks perbualan mereka. Apa yang lebih mengejutkan lagi, Facebook sendiri tidak mempunyai akses terhadap perbualan dalam mod rahsia itu.

Mod perbualan rahsia itu menggunakan enkripsi end-to-end sama seperti aplikasi Whatsapp, Viber, Line dan aplikasi pemesejan terbaru dari Google, Allo. Mesej hanya akan dihantar kepada apa sahaja peranti yang digunakan untuk memulakan atau yang memberi tindak balas pertama kepada perbualan. Untuk mudah difahami, jika anda menggunakan mod itu pada telefon pintar, anda tidak akan dapat membaca teks perbualan pada komputer riba anda.

Facebook juga memberi pilihan kepada pengguna untuk membiarkan mesej yang spesifik hilang dalam masa 5 saat atau pun 24 jam. Fungsi ini saat berguna jika kita terlupa untuk memadam perbualan. Ciri perbualan rahsia ini boleh dihidupkan apabila anda mahu memulakan perbualan di dalam aplikasi Messenger. Anda perlu memastikan telefon pintar anda dan juga penerima mesej menggunakan iOS atau Android versi yang terkini kerana mod ini tidak akan berfungsi jika anda tidak mengemaskini sistem operasi anda.

Sumber: CNN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY