Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mod Gelap Akan Digunakan Lebih Meluas Pada Android Q

Posted on Januari 8, 2019Januari 8, 2019

Beberapa ketika kebelakangan ini, kita telah melihat mod gelap semakin banyak digunakan pada aplikasi seperti YouTube, Phone, Contacts dan lain-lain. Selain sedap untuk tatapan mata, ia juga telah disahkan oleh Google sebagai mesra kuasa bateri bagi penggunaan mod gelap pada skrin OLED.

Untuk sistem operasi Android yang seterusnya, Android Q, mod gelap dijangka akan digunakan dengan lebih meluas.

Hal ini diungkapkan oleh Lukasz Zbylut seperti yang dikongsikan oleh Android Police, beliau menyatakan pasukan pembangun Android Q akan memastikan setiap aplikasi yang terpasang pada telefon pintar mendapat sokongan mod gelap secara asli dari sistem peranti.

Laman Android Police pula mengatakan, pembangun Android Q memandang serius penggunaan mod gelap berdasarkan beberapa pautan dokumen dalaman Google yang tidak boleh diakses mereka.

Adakah anda penggemar mod gelap pada peranti dan bagaimana pandangan anda terhadap perkhabaran awal ini?

Sumber: Android Police

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress