Mobvoi Melancarkan Ticwatch GTX - Jam Pintar Asas Dengan Ketahanan Bateri 10 Hari

Mobvoi merupakan pengeluar jam pintar yang popular dengan model seperti TicWatch Pro, S2, E2, dan C2.

Terkini, Mobvoi telah memperkenalkan sebuah lagi jam pintar dan sebagai rekod ia merupakan jam mereka paling mampu milik setakat ini iaitu Ticwatch GTX.

Mobvoi TicWatch GTX trades Wear OS for battery life, $59 - 9to5Google

Sedikit berbeza dengan model-model Ticwatch sebelum ini, Ticwatch GTX tidak menggunakan perisian Wear OS dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama.

Ia menjalankan perisian dari Mobvoi sendiri, mempunyai piawaian kalis air dan debu IP68, serta skrin TFT dengan resolusi 240 x 240.

Selain itu, terdapat 14 mod senaman terbina lengkap dari berbasikal, larian, dan juga senaman yoga.

Antara ciri lain adalah penjejakan tidur serta main balik muzik daripada telefon pintar.

Mobvoi's TicWatch GTX doesn't run WearOS and costs just $65 ...

Tarikan utama jam ini adalah ketahanan bateri sehingga 7 jam menggunakan bateri berkapasiti 200mAh. Namun anda boleh memanjangkan lagi jangka hayat sehingga 10 jam dengan mod power-saving.

Jam ini dijual pada harga rendah iaitu pada 60 USD. Jika anda berminat, anda boleh membuat pra-tempahan dan mendapat potongan harga 10%.

Sumber: Ticwatch GTX