Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Build annual developers conference

Microsoft Umum Sokongan Percuma Windows 10 Di AS Dan Eropah

Diterbitkan September 26, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft pada Rabu mengumumkan pilihan baharu untuk pelanggan di Amerika Syarikat dan Eropah bagi melanjutkan hayat sistem operasi Windows 10 secara percuma, hanya beberapa hari sebelum tarikh akhir untuk menaik taraf ke Windows 11.

Gergasi teknologi AS itu merancang untuk menamatkan sokongan Windows 10 pada 14 Oktober, langkah yang dikritik kumpulan advokasi pengguna serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna yang bimbang mereka perlu membeli komputer baharu untuk kekal terlindung daripada ancaman siber.

Pengguna yang tidak dapat menaik taraf atau memilih untuk tidak mengambil kemas kini keselamatan lanjutan akan berdepan risiko lebih tinggi terhadap serangan siber.

Sebagai respons, Microsoft memaklumkan pengguna Eropah bahawa kemas kini keselamatan penting akan dilanjutkan selama setahun tanpa sebarang bayaran tambahan, dengan syarat mereka log masuk menggunakan akaun Microsoft.

Sebelum ini, syarikat itu menawarkan lanjutan kemas kini keselamatan Windows 10 selama setahun pada harga $30 kepada pengguna yang perkakasannya tidak serasi dengan Windows 11.

Di AS, pilihan percuma serupa membolehkan pengguna memuat naik profil Windows 10 mereka ke perkhidmatan sandaran Microsoft dan menerima kemas kini keselamatan sehingga satu tahun.

Sebagai alternatif, pelanggan AS boleh memilih untuk membayar $30 bagi lanjutan itu atau menebus 1,000 mata ganjaran Microsoft Rewards — yang dikumpul melalui aktiviti di platform syarikat — untuk mengakses kemas kini.

Di Eropah, kumpulan advokasi terus menekan tuntutan.

Organisasi Perancis Halte à l’Obsolescence Programmée (HOP) melancarkan petisyen menuntut kemas kini percuma sehingga 2030.

Sementara itu, persekutuan pengguna Jerman Verbraucherzentrale memberi amaran pada Mei lalu bahawa keputusan Microsoft itu “membimbangkan pengguna dan mengehadkan kebebasan mereka dalam membuat pilihan pembelian.”

Menurut Consumer Reports yang berpangkalan di AS, dianggarkan 650 juta orang di seluruh dunia masih menggunakan Windows 10 setakat Ogos lalu. – AFP

Berkaitan

  • Microsoft Disaman, Pengguna Mahu Windows 10 Terus Disokong Tanpa Caj
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • (Video) Microsoft Kembalikan Ciri 'Wallpaper Video' Di Windows 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY