Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Sedang Memerangi Serangan Zombie ‘Nodersok’

Microsoft Sedang Memerangi Serangan Zombie ‘Nodersok’

Diterbitkan September 29, 2019 oleh ariff bukhari

Mula dikesan aktif dalam beberapa minggu ini.

Pihak penyelidik keselamatan dari Microsoft Defender Advanced Threat Protection (ATP) telah mengesahkan bahawa mereka kini sedang giat memerangi serangan zombie sofistikated yang dikenali sebagai ‘Nodersok’.

Pihak keselamatan ATP memaklumkan, mereka mengesan aktiviti Nodersok mul;a aktif dalam beberapa minggu ini yang mensasarkan sebahagian besar pengguna Windows di Amerika dan Eropah.

Microsoft Sedang Memerangi Serangan Zombie ‘Nodersok’
Kredit: Microsoft

Dalam laporan terperinci mereka yang bertajuk “Bring your own LOLBin: Multi-stage, fileless Nodersok campaign delivers rare Node.js-based malware“, Microsoft menyatakan apa yang menjadikan ia sebagai amat merbahaya adalah kerana ia menyerang pelbagai sektor industri selain pengguna biasa termasuklah pendidikan, kesihatan, kewangan dan lain-lain.

Malah penyelidik juga berkata, sehingga kini serangan Nodersok amat sukar dikesan kerana ia dibangunkan dengan menggunakan cara gabungan kod binari yang dipanggil “LOLBin”.

“The Nodersok attack adopts a living-off-the-land binaries “LOLBin” methodology to evade detection by hiding in plain sight. No malicious executable is ever written to disk, and a successful attack attempts to disable both Windows Updates and Windows Defender.”

Microsoft Sedang Memerangi Serangan Zombie ‘Nodersok’
Kredit: Microsoft

Berikutan serangan aktif oleh Nodersok stersebut, pihak Microsoft berkata mereka sedang membangunkan enjin pengimbas berkuasa baru iaitu model mesin pembelajaran yang akan dimuatkan ke dalam ciri keselamatan Windows Defender Antivirus bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan sekaligus menyekat daripada penyebaran dan serangan Nodersok daripada berlaku kepada pengguna.

Nodersok dikategorikan sebagai perisian hasad yang amat merbahaya kerana ia akan membuka pintu belakang sistem komputer dan sekaligus mendedahkannya kepada serangan Ransomware.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY