Microsoft Pertontonkan Peranti Pintar Terbaru 'Surface Duo'

Akan ditawarkan pada tahun hadapan.


Menutup acara mereka semalam, Microsoft akhirnya pertontonkan peranti misteri yang diperkatakan sedang dibangunkan mereka. Peranti misteri yang dimaksudkan adalah 'Surface Duo'.

Surface Duo adalah peranti pintar dengan skrin berkembar bersaiz 5.6-inci yang dihubungkan bersama menerusi engsel (seakan engsel pintu) bagi membolehkan skrin dilipat 360 darjah. Jadi, apabila dibuka sepenuhnya, skrin peranti itu akan bersaiz  8.3-inci.

Jadi ia boleh diubah penggunaannnya sama ada dalam mod telefon pintar ataupun tablet.

Walaubagaimanapun, tidak sepertimana khabar angin sebelum ini yang mendakwa ia akan dikuasakan oleh  sistem operasi terbaru Windows 10X. Sebaliknya ia menggunakan sistem operasi Android.

Namun begitu, Microsoft menyatakan bahawa sistem operasi peranti ini diintegrasikan supaya ia selari dengan sistem Windows 10.

Surface Duo dijangka akan dipasarkan pada tahun hadapan. Kehadiran Microsoft Duo pada 2020 nanti akan menghangatkan lagi persaingan telefon pintar boleh lipat.

https://www.youtube.com/watch?v=kU78s9ExFFA