Microsoft baru sahaja memperkenalkan ciri baharu yang dipanggil Critique, sebuah sistem penyelidikan mendalam (deep research) pelbagai model dalam Microsoft 365 Copilot.
Melalui pengumuman yang dibuat oleh Satya Nadella, pengguna kini tidak lagi terhad kepada satu model AI sahaja, sebaliknya boleh menggunakan gabungan beberapa model berprestasi seperti OpenAI dan Anthropic secara serentak untuk menghasilkan laporan yang lebih tepat.

Ciri utama kepada kemas kini ini adalah kebolehan “multi-model intelligence” yang dibahagikan kepada dua mod utama.
Mod pertama iaitu Critique, berfungsi secara automatik di mana satu model (seperti GPT) akan membuat draf laporan, manakala model kedua (seperti Claude) akan bertindak sebagai pengkritik untuk menyemak fakta, sumber rujukan, dan struktur penulisan. Ini secara tidak langsung memberikan “pendapat kedua” yang automatik bagi mengurangkan risiko halusinasi fakta.
https://x.com/satyanadella/status/2038604619795042716?s=20
Mod kedua pula dipanggil Council, di mana dua model AI akan menghasilkan laporan penuh secara berasingan. Selepas itu, satu lagi model penilai (GPT-5.2) akan merumuskan hasil tersebut dengan membandingkan persamaan, perbezaan, serta memberikan input unik daripada setiap model.
Pendekatan ini memastikan laporan yang dihasilkan adalah lebih seimbang dan mempunyai perspektif yang lebih luas.

Berdasarkan tanda aras DRACO yang merentas pelbagai domain seperti perubatan, teknologi, dan undang-undang, ciri Critique ini menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 13.88% lebih baik berbanding Perplexity Deep Research.
Ia dilaporkan jauh lebih unggul dari segi ketepatan fakta, kedalaman maklumat, serta kualiti pembentangan laporan secara keseluruhan.
Buat masa ini, ciri ini sudah mula tersedia melalui program Frontier (akses awal) dan boleh diakses melalui model picker dalam fungsi Researcher.
{suggest}
