Microsoft Mendedahkan Pelbagai Info Terbaru Spesifikasi Xbox Series X

Spesifikasi Xbox Series X pastinya mengujakan peminat tegar permainan video.


Microsoft telah mendedahkan pelbagai info terbaru tentang spesifikasi konsol permainan terbaru mereka yang bakal hadir pada tahun ini iaitu Xbox Series X.

Antara spesifikasi utama yang disahkan Microsoft bakal dimuatkan ke dalam konsol permainan tersebut adalah kuasa cip pemprosesan 8 Teras, 3.8Ghz, memori RAM 16GB GDDR6, dimuatkan storan dalaman bersaiz 1TB yang boleh dikustomasikan kepada jenis NVME SSD, storan tambahan yang menyokong sehingga 1TB serta turut menyokong storan luar HDD menerusi sambungan USB 3.2.

Microsoft mensasarkan prestasi konsol Xbox Series X mampu memainkan grafik permainan video 4K pada kadar bingkai 60fps atau sehingga 120fps.

Kapsyen: Spesifikasi konsol Xbox Series X sepertimana yang didedahkan Microsoft.


Selain itu, alat kawalan konsol itu juga ditambah baik rekaannya bagi dipegang dengan lebih selesa oleh pemain yang bersaiz tangan kecil atau besar.

Malah Microsoft turut memuatkan butang Share di atas alat kawalan yang akan membolehkan pemain terus mengakses storan awan xCloud.

Xbox Series X dijangka akan diperkenalkan secara rasmi kepada umum dalam tahun ini yang akan bersaing hebat dengan satu lagi konsol permainan popular, Sony PlayStation 5.