Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10

Microsoft Menambah Baik Tetapan Pilihan Kad Grafik Pada Windows 10

Diterbitkan Ogos 15, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam versi Windows 10 Insider Preview Build 20190 yang baru dilancarkan beberapa hari lalu, Microsoft mengumumkan ciri baru yang akan dimuatkan dalam kemaskini Windows 10 akan datang.

Salah satu ciri baru menarik yang akan dimuatkan adalah pilihan tetapan kad grafik. Menurut Microsoft, ciri baru itu akan membolehkan pengguna melakukan tetapan default untuk perkakasan kad grafik berprestasi tinggi pada komputer mereka.

Microsoft Menambah Baik Tetapan Pilihan Kad Grafik Pada Windows 10
Settings > System > Display > Graphics settings atau Settings > Gaming > Graphics settings. Kredit: Windows Blogs

Malah pengguna juga boleh menetapkan penggunaan kad grfaik tersebut secara khusus untuk aplikasi yang mereka gunakan.

“Now if you want even more control, we have also added the ability for you to specify exactly which GPU you want an app to run on using the new “Specific GPU” option” Microsoft.

Microsoft Menambah Baik Tetapan Pilihan Kad Grafik Pada Windows 10
Kredit: Windows Blogs

Buat masa ini, tetapan ciri baru ini hanya ditawarkan pada pengguna Windows 10 yang berdaftar dengan Windows Insider Program sahaja.

Ia hanya akan ditawarkan pada semua pengguna Windows 10 dalam kemas kini akan datang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY