Kemas kini Windows 10 anda segera.
Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) dilaporkan telah berjaya mengeskploitasi sistem operasi komputer Windows 10. Pnenemuan kecacatan itu menyebabkan pihak NSA segera memaklumkannya kepada Microsoft dan menerima kredit ke atas penemuan kecacatan sistem komputer tersebut.
Secara khususnya, eksplotasi itu akan membolehkan penggodam menyenmbunyikan perisian hasad disebalik ciri pengesahan cyrptographic.
Malah ia juga mampu mengelirukan imbasan perisian antivirus dengan menyatakan bahawa ia sebagai aplikasi sah.
Microsoft Security Response Center telah sedia maklum dan mengesahkan akan isu ini dan memberitahu, isu ini hanya melibatkan pengguna versi Windows 10 sahaja.
Walaubagaimanapun, pihak NSA percaya isu ini turut menjejaskan sistem operasi Windows Server 2016/2019 juga.
Susulan penemuan kecacatan tersebut, pihak Microsoft telah segera melepaskan kemas kini terbaru kepada semua pengguna Windows 10 hari ini.
Menurut Microsoft, setakat ini mereka masih belum mengesan berlakunya eksploitasi kecacatan tersebut kepada pengguna mereka secara terbuka.
Tetapi mereka menasihatkan pengguna supaya mengemas kini sistem komputer Windows 10 mereka dengan segera.
Sumber: PCWorld
Berkaitan
- Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11
- Ransomware Terbaru Windows Dikesan Disebar Melalui Aplikasi Cetak Rompak
- Masih Ramai Pengguna Komputer Di Malaysia Menggunakan Windows 7, Vista Dan XP
- Microsoft Sahkan, Windows 11 Pasang Aplikasi HP Smart Tanpa Kebenaran Dan Namakan Semula Pencetak
- Microsoft Melepaskan Kemas Kini Terbaru Windows 10 v1909
- Peralihan Ke Windows 11 Perlahan, Pengguna Masih Setia Dengan Windows 10
- Penguna Mendakwa Kemas Kini Windows 11 Untuk Bulan Februari Buat "Hal"
- Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kumulatif KB4517389 Bagi Pengguna Windows 10 v1903
- Ini Senarai 10 AI Paling Popular Digunakan Setakat Februari 2024
- Astro Beri Saluran 100 Percuma Untuk Semua Pelanggan Sempena Hari Kebangsaan