Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Tamper Protection Pada Windows 10 Kini Diaktifkan Secara Default Untuk Pengguna Umum Dan Perusahaan

Microsoft Membuang Butang Tetapan On/Off Windows Defender Antivirus

Diterbitkan Ogos 27, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda mengemas kini sistem operasi Windows 10 kepada versi 1703 dan terbaru, anda mungkin perasan di mana tiada lagi butang tetapan bagi mematikan atau menghidupkan ciri Windows Defender Antivirus di dalam bahagian Windows Settings.

Microsoft Membuang Butang Tetapan On/Off Windows Defender Antivirus

Microsoft menjelaskan, ketiadaan butang tetapan On/Off bagi ciri Windows Defender Antivirus tersebut adalah kerana ia telah disatukan di bawah tetapan Virus & threat protection.

Kini pilihan tetapan yang ada hanyalah bagi mematikan ciri pelindungan masa sebenar sahaja (Real-time protection) di bahagian Virus & threat protection settings.

Untuk tetapan ini juga Microsoft memberitahu, ciri Real-time protection akan secara automatik kembali diaktifkan selepas beberapa hari ia dinyah aktif.

“If you switch Real-time protection off, it will automatically turn back on after a short delay. This is to ensure you are protected from malware and threats.” Microsoft

Selain itu, Microsoft memaklumkan bahawa Microsoft Defender AV secara automatik tersedia aktif.

Ia hanya akan dinyah aktif secara automatik sekiranya sistem windows mengesan terdapat perisian antivirus pihak ketiga di dalamnya.

“If you install another antivirus product, Microsoft Defender AV will automatically disable itself and will indicate this in the Windows Security app.” Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY