Microsoft telah mengumumkan 2 teknologi terbaru khusus bagi menangani penyebaran berita palsu.
Teknologi tersebut juga merupakan salah satu bahagian penting dalam program ‘Microsoft Defending Democracy Program’ bagi melawan penyebaran berita palsu.
“Disinformation comes in many forms, and no single technology will solve the challenge of helping people decipher what is true and accurate. At Microsoft, we’ve been working on two separate technologies to address different aspects of the problem.” Microsoft
Microsoft Video Authenticator
Teknologi pertama yang diperkenalkan Microsoft bagi menangani berita palsu dikenali sebagai ‘Microsoft Video Authenticator‘.
Ia dibangunkan secara khusus bagi menangani teknologi ‘deepfakes’ di mana foto, video atau audio dimanipulasi oleh teknologi kecerdasan buatan (AI) yang amat sukar dikesan manipulasinya.
Jadi dengan teknologi ‘Microsoft Video Authenticator‘, ia akan dapat menganalisis gambar pegun atau video dengan memberikan peratusan atau skor bagi membuktikan bahawa sesuatu fail itu telah dimanipulasi.
“In the case of a video, it can provide this percentage in real-time on each frame as the video plays. It works by detecting the blending boundary of the deepfake and subtle fading or greyscale elements that might not be detectable by the human eye.” Microsoft
Teknologi ini dibangunkan oleh Microsoft Research dengan kerjasama Microsoft Responsible AI dan Microsoft AI, Ethics and Effects in Engineering and Research (AETHER) Committee.
Kesahan sijil metadata
Satu lagi teknologi baru Microsoft bagi menangani berita palsu adalah teknologi yang dapat mengesan manipulasi kandungan bagi memastikan bahawa kandungan media yang dilihat mereka adalah kandungan benar.
Menurut Microsoft, teknologi ini akan menyemak kesahan sijil metadata dalam sesebuah kandungan dan akan memaklumkan pengguna sama ada kandungan yang dilihat pengguna itu adalah benar atau telah diubah suai kandungannya.
Teknologi tersebut dibangunkan oleh pasukan Microsoft Research dan Microsoft Azure dengan kerjasama Defending Democracy Program.
Projek ini sebelum ini pernah diumumkan oleh pihak BBC yang dikenali sebagai Projek Origin.