Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengaktifkan Mod Gelap Pada Pelayar Edge Chromium

Microsoft Memaksa Pengguna Menggunakan Pelayar Edge

Diterbitkan Oktober 27, 2020 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan oleh laman ZDnet, bermula bulan hadapan Microsoft didakwa akan mula memaksa pengguna Windows 10 untuk menggunakan pelayar Microsoft Edge bagi melayari laman internet.

Ia didakwa akan dilakukan dengan menyekat URL laman-laman sesawang dari dibuka di pelayar Internet Explorer (IE).

Sebaliknya, pengguna yang biasa menggunakan IE secara automatik akan dibawa ke laman yang ingin dilawati mereka di atas pelayar Edge.

“…with the release of Edge 87, scheduled for next month, Microsoft plans to enable the forced IE-to-Edge action for all IE users.” ZDnet

ZDnet menyenaraikan antara laman-laman internet yang tidak boleh diakses menerusi IE nanti adalah seperti YouTube, Instagram, Twitter dan Yahoo Mail.

Microsoft Memaksa Pengguna Menggunakan Pelayar Edge
Kredit: Microsoft

Cubaan Microsoft dengan memaksa pengguna IE beralih kepada pelayar Edge menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menamatkan pelayar IE tidak lama lagi.

Sebelum ini pihak Microsoft sudah memaklumkan bahawa aplikasi web dan perkhidmatan mereka termasuklah Microsoft Teams dan Microsoft 365 tidak lagi boleh diakses masing-masing bermula dari 30 November 2020 dan 17 Ogos 2021.

Microsoft Memaksa Pengguna Menggunakan Pelayar Edge
Kredit: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY