Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Kini Selesaikan Isu Penurunan Prestasi Windows 11 Bagi Pengguna AMD

Microsoft Kini Selesaikan Isu Penurunan Prestasi Windows 11 Bagi Pengguna AMD

Diterbitkan Oktober 22, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Microsoft melepaskan Windows 11 pada Oktober lepas dengan pelbagai ikon dan animasi baru menghiasi skrin pengguna. Pun begitu, ramai pengguna komputer yang dijana cip pemproses buatan AMD melaporkan peranti mereka mengalami pelbagai isu serta penurunan prestasi.

Kedua-dua pihak, Microsoft dan AMD mengakui isu tersebut serta berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat. AMD mendapati peranti mereka mengalami pengurangan prestasi sehingga 15% terutama ketika memainkan permainan video.

Hari ini, Microsoft melepaskan kemas kini terbaru KB 5006476 yang akan menyelesaikan masalah lengah cache L3 yang menjadi salah satu punca pada penurunan prestasi komputer pengguna.

Selain itu, AMD juga turut melepaskan kemas kini untuk cip pemproses mereka iaitu kemas kini versi 3.10.08.506 menyelesaikan masalah UEFI CPPC2.

Kedua-dua kemas kini boleh dimuat turun oleh pengguna mulai hari ini.

Sumber: AMD

Baca juga:

  • Pengguna Cip AMD Ryzen Perlu Tangguh Dahulu Untuk Naik Taraf Windows 11
  • Microsoft Kini Melepaskan Windows 11 Secara Rasmi
  • Anda Kini Boleh Mencuba Sendiri Windows 11 Terus Dari Aplikasi Pelayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY