Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 10

Microsoft Disaman, Pengguna Mahu Windows 10 Terus Disokong Tanpa Caj

Diterbitkan Ogos 12, 2025 · Dikemas kini Ogos 12, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang lelaki dari California Selatan bernama Lawrence Klein telah memfailkan saman terhadap Microsoft berhubung rancangan syarikat itu untuk menamatkan sokongan Windows 10 pada 14 Oktober 2025.

Selepas tarikh tersebut, sistem operasi itu tidak lagi akan menerima kemas kini ciri atau keselamatan, menjadikan PC yang masih menjalankannya lebih terdedah kepada serangan siber.

Walaupun Windows 11 telah dilancarkan hampir empat tahun lalu, kira-kira 43% pengguna Windows masih lagi setia menggunakan Windows 10.

Microsoft Disaman, Pengguna Mahu Windows 10 Terus Disokong Tanpa Caj
Walaupun Windows 10 telah dilancarkan pada Julai 2015 dahulu, lebih 40% pengguna masih setia menggunakannya.

Klein mendakwa penamatan ini adalah strategi Microsoft untuk memaksa pelanggan membeli peranti baharu dan menguasai pasaran AI generatif.

Windows 11 hadir dengan AI Copilot yang memerlukan neural processing unit (NPU), di mana perkakasan komputer lama kebanyakannya tidak memilikinya.

Pilihan Extended Security Updates ditawarkan sehingga 2028, tetapi ia perlu dibayar pengguna pada harga  $30 (~RM140) individu, $61 (~RM286) peranti perniagaan pada tahun pertama dan akan meningkat sehingga $244 (~RM1,144) pada tahun ketiga.

Klein meminta mahkamah memerintahkan Microsoft untuk menyokong Windows 10 tanpa caj tambahan sehingga penggunaannya jatuh di bawah 10% daripada jumlah pengguna Windows.

Beliau juga memberi amaran bahawa penamatan ini boleh menyebabkan pembuangan besar-besaran PC lama, yang berpotensi menambahkan isu pencemaran e-sisa.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China
  • CelcomDigi Perkenal MobileSHIELD, Aplikasi Keselamatan AI Dari RM4/bulan

Sumber:  Courthouse News Service

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY