Selain itu, ura-ura turut menyatakan Microsoft akan beralih kepada cip grafikĀ Nvidia Quadro bagi beberapa model Surface Book 3. Dengan itu, Surface Book 3 mungkin akan menjadi lebih baik bagi pereka, animator dan jurutera yang bergantung pada kekuatan kad grafik Quadro yang dioptimumkan untuk beberapa aplikasi pro berbanding permainan.
Dalam pada itu, Surface Go 2 yang merupakan tablet bersaiz kompak turut dijangka hadir dengan menawarkan Intel Core m3, di samping pilihan pemprosesan Intel Pentium Gold.
Seperti yang dilaporkan, antara ciri lain Surface Go 2 termasuk mempunyai skrin bersaiz 10.5 inci dengan bezel yang lebih nipis seperti yang terdapat pada Surface Laptop 3. Dari segi rekaan luaran, ia dikatakan sama seperti model sebelumnya.
Model Intel Core m3 ini dijangka bakal dilengkapkan dengan 8GB RAM, 128GB storan dan sambungan LTE.
Walaupun laporan menyatakan Microsoft akan memperkenalkan keluarga baru Surface ini pada bulan Mei, namun perancangan tersebut mungkin berubah berikutan penularan pandemik Covid-19.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Facebook Perkenal Rekaan Baru Aplikasi Messenger Bagi iOS - 2x Lebih Laju, 75% Lebih Kecil
- Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 Boleh Dibuat Mulai 27 November, Pembayaran Bermula 30 November
- iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Kadar Segar Semula Lebih Tinggi
- Xiaomi Failkan Tanda Dagang POCO F2 Di China - #BaikbeliPoco Kini Kembali?
- Apple Akan Keluarkan Kemas Kini iOS 16.3 Pada Minggu Depan
- realme Umum Tarikh Pelancaran realme C21 Untuk Pasaran Malaysia
- Bermula Di 3 Negeri, 3 Golongan Ini Layak Terima Tambang Percuma myBAS Konsesi
- Mi 11i Diumumkan Untuk Pasaran Global - Cip Snapdragon 888, Kamera 108MP
- Google Maps Kembali Ditawarkan Pada Apple Watch
- Syarikat Dari China Ini Mempatenkan Telefon Dengan 8 Kamera - 2 Lensa Di Setiap Penjuru