Pengguna Windows 10 versi terdahulu tiada pilihan.
Sebelum ini telah dilaporkan pengguna Windows 10 versi 1803 telah menerima peringatan dari pihak Microsoft supaya menaik taraf sistem operasi Windows mereka kepada versi 1903.
Ini berikutan versi Windows tersebut (versi Home dan Pro) tidak lagi akan menerima kemas kini daripada pihak Microsoft selepas dari 12 November 2019 nanti.
Selain itu, Microsoft juga turut memaklumkan bahawa mereka akan memasang secara automatik kemas kini terbaru kepada pengguna yang masih menggunakan versi Windows 10 terdahulu pada komputer mereka.
Ia dimaklumkan sekali lagi menerusi kemas kini Windows 10 v1803 KB4520008 (OS Build 17134.1069) yang dilepaskan baru-baru ini. Sebelum ini Microsoft telah memaklumkannya pada kemas kini Windows 10 May 2019 lalu.
Microsoft menyatakan bahawa tindakan mereka itu adalah sebagai menjamin pengguna mereka menerima kemas kini terbaru serta ciri-ciri baru yang diperkenalkan untuk para pengguna Windows.
"When Windows 10 devices are at, or within several months of reaching, end of service, Windows Update will begin to automatically initiate a feature update. This keeps those devices supported and receiving the monthly updates that are critical to device security and ecosystem health.".
Pengguna Windows sejak kebelakangan ini keberatan untuk mengemas kini Ssistem komputer mereka kerana kerap kali berdepan pelbagai isu apabila mereka mengemas kini Windows mereka.
Jadi tidak menghairankan mengapa pihak Microsoft mula memaksa pengguna mereka supaya mengemas kini Windwos mereka walaupun pengguna tidak mahukannya.
Berkaitan
- Lebih Daripada 100 Bilion Mesej Dihantar Menerusi WhatsApp Pada Sambutan Tahun Baru Lalu
- Microsoft Telah Membuang Pilihan Menangguhkan Kemas Kini Windows 10
- Microsoft Tawar Kemas Kini Windows 11 Preview Terakhir Bagi Tahun 2022
- Kaji Selidik Mendapati Hampir 50% Pengguna Windows Tidak Menyukai Rupa Baru Yang Diperkenalkan Pada Windows 11
- Black Shark Bakal Menyokong Kapasiti Pengecas 100W
- Foto Dicetak Oleh SELPHY CP1500 Mampu Bertahan Sehingga 100 Tahun
- Cawan Kopi Cetakan 3D Ini Dibuat Dari 3 Bahan 100% Organik
- 10 Kemahiran Digital Paling Pesat Berkembang Di Malaysia Ketika Ini
- Aplikasi WhatsApp Kini Boleh Digunakan Bersama Telefon Nokia 8110
- Sebahagian Pengguna Windows 10 v1809 Dinasihatkan Supaya Tidak Mengemas Kini Windows Mereka