Sokongan Microsoft Untuk Windows 10 Mobile Akhirnya Tamat 10 Disember Ini

Sebelum ini Microsoft telah mengumumkan yang mereka akan berhenti dari memberikan sokongan perisian untuk Windows 10 Mobile. Tarikh tersebut (10 Disember) telah hampir dan nampaknya untuk pengguna Windows 10 Mobile sedia ada, akan tiada lagi sokongan untuk peranti anda.



Menurut Microsoft, mereka menyarankan pengguna Windows 10 Mobile untuk beralih ke platform Android atau iOS. Sebelum ini Microsoft telah memberhentikan sokongan untuk Windows 8.1 pada tahun 2017. Syarikat tersebut telah pun beralih ke platform Android terutamanya dengan pelancaran Surface Duo yang dilancarkan baru-baru ini.

Peranti Windows 10 Mobile masih boleh lagi berfungsi cumanya, ia tidak akan lagi mendapat kemaskini sekuriti sepertimana platform mudah alih yang lain.

Sumber: Microsoft

Berkaitan