Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Pertontonkan Peranti Pintar Terbaru ‘Surface Duo’

Microsoft Pertontonkan Peranti Pintar Terbaru ‘Surface Duo’

Diterbitkan Oktober 4, 2019 oleh ariff bukhari

Akan ditawarkan pada tahun hadapan.

Menutup acara mereka semalam, Microsoft akhirnya pertontonkan peranti misteri yang diperkatakan sedang dibangunkan mereka. Peranti misteri yang dimaksudkan adalah ‘Surface Duo’.

Surface Duo adalah peranti pintar dengan skrin berkembar bersaiz 5.6-inci yang dihubungkan bersama menerusi engsel (seakan engsel pintu) bagi membolehkan skrin dilipat 360 darjah. Jadi, apabila dibuka sepenuhnya, skrin peranti itu akan bersaiz  8.3-inci.

Jadi ia boleh diubah penggunaannnya sama ada dalam mod telefon pintar ataupun tablet.

Walaubagaimanapun, tidak sepertimana khabar angin sebelum ini yang mendakwa ia akan dikuasakan oleh  sistem operasi terbaru Windows 10X. Sebaliknya ia menggunakan sistem operasi Android.

Namun begitu, Microsoft menyatakan bahawa sistem operasi peranti ini diintegrasikan supaya ia selari dengan sistem Windows 10.

Surface Duo dijangka akan dipasarkan pada tahun hadapan. Kehadiran Microsoft Duo pada 2020 nanti akan menghangatkan lagi persaingan telefon pintar boleh lipat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY