Microsoft Ajak Apple Bawa Aplikasi Mereka Ke Windows 11

Jika komputer Mac dengan cip pemprosesan M1 boleh menjalankan aplikasi iPhone atau iPad, Windows 11 yang baru diumumkan turut mempunyai kebolehan menjalankan aplikasi Android.

Selepas pengenalan sistem operasi itu, CEO Microsoft - Satya Nadella ditemu bual oleh Wall Street Journal. Apa menarik perhatian, ketika ditanya mengenai kebarangkalian aplikasi Apple dibawa Windows, beliau menjawab bahawa Apple boleh berbuat demikian.
“We’d love to make sure that it works better, we do everything we can. Like anything Apple wants to do with Windows rather it’s iTunes, iMessage, or whatever, we welcome that. But, overall, we want to make sure our software runs great on Apple devices.” - Microsoft CEO

Mereka amat mengalu-alukan kehadiran aplikasi Apple ke Windows seperti iMessage. Walaupun semasa acara WWDC 2021 tempoh hari Apple membenarkan peranti lain untuk berhubung menggunakan FaceTime, tetapi iMessage berkemungkinan besar tidak akan berlaku.

Hal ini kerana iMessage adalah eksklusif untuk pengguna Apple dan itu salah satu perkara yang mengikat penggunanya agar kekal dalam ekosistem Apple.

Malah sebelum ini juga Apple mengatakan penawaran iMessage untuk Android akan merugikan mereka.

Sumber: Wall Street Journal

Foto Utama: Apple

Baca juga - iOS 15 Diperkenalkan - "iOS 14" Yang Ada Banyak Ciri Baharu

Baca juga - Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Privasi Baharu Pada iOS 15

Baca juga - Windows 11 Dilancarkan, Reka Bentuk Antaramuka Lebih Segar, Pelbagai Ciri Menarik