Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple iOS 15 Privacy

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Privasi Baharu Pada iOS 15

Diterbitkan Jun 8, 2021 · Dikemas kini Jun 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Apple kini nampaknya begitu serius terhadap isu privasi penggunanya. Ini dapat dilihat menerusi iOS 15, iPadOS 15, macOS Monterey dan watchOS 8.

Mungkin ada yang langsung tak berminat dengan iOS 15 atas faktor tiada perubahan drastik pada antaramuka dan sebagainya. Ada juga segelintir mengatakan kemas kini Android 12 jauh lebih baik.

Baca juga – Cantik Juga Android 12 Ni

Namun, sebenarnya Apple lebih memfokuskan perkara-perkara penting dahulu pada sistem operasi baharu tersebut.

Dengan iOS 15, kesinambungan App Tracking yang telah ditambah ke dalam iOS 14.5. Bermakna, pengguna selepas ini dapat melihat maklumat serta laporan penjejakan dari aplikasi seperti lokasi, gambar dan sebagainya.

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Privasi Baharu Pada iOS 15
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Privasi Baharu Pada iOS 15

Baca juga – Apple Kongsi Video Macam Mana Aplikasi Menjejak Pengguna

Selain itu, aplikasi Mail juga menghalang penjejak yang tidak dapat dilihat semasa anda mengguna dan membuka e-mel.

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Privasi Baharu Pada iOS 15
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Privasi Baharu Pada iOS 15

Tambahan lagi, pembantu audio Apple – Siri dapat berfungsi secara luar talian (offline), iaitu tanpa sambungan internet. Apple berkata, ia adalah langkah supaya tiada rakaman audio dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab serta Siri dapat memberi maklum balas lebih pantas.

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Privasi Baharu Pada iOS 15

Di samping itu, iCloud menampilkan ciri premium yang digelar iCloud+. Ia turut mengandungi iCloud Private Relay yang mana tiada siapa dapat menjejak pengguna semasa menggunakan pelayar internet.

Recovery Contact

 

Salah satu yang menarik, pengguna juga boleh menambah rakan atau individu yang anda percaya untuk account recovery sekiranya anda tidak dapat akses akaun sendiri.

legacy apple

Akhir sekali, pengguna turut dapat menambah lebih daripada satu kenalan dalam fungsi Legacy. Tujuannya ibarat wasiat kepada waris agar mereka dapat mengakses data yang tersimpan dalam iCloud seperti gambar atau nota pengguna yang sudah tiada itu.

Baca juga – iOS 15 Diperkenalkan – “iOS 14” Yang Ada Banyak Ciri Baharu

Sumber: Apple

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY