Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi MIX Fold

Mi Mix Fold Berjaya Diuji Lipat Sebanyak 200,000 Kali

Diterbitkan April 22, 2021 oleh Wiser MY

Selepas pengumuman Mi Mix Fold akhir bulan lepas, Xiaomi baru-baru ini menjalankan ujian ketahanan untuk peranti boleh lipat pertama mereka.

Menurut Xiaomi, ujian ini untuk menunjukkan ketahanan dan kualiti binaan peranti ini. Peranti ini berjaya diuji dengan cara dilipat setiap 1.6 saat selama 24 jam untuk tujuh hari berturut-turut.

Mi Mix Fold Berjaya Diuji Lipat Sebanyak 200,000 Kali
foto laman Weibo Xiaomi Mobile

Menerusi ujian ketahanan itu, Mi Mix Fold mampu bertahan dengan lipatan sebanyak 200,000 kali untuk 89 jam secara berterusan selama tujuh hari. Tambahnya, ujian selama 89 jam ini bersamaan penggunaan biasa selama 10 tahun.

Dengan kata lain, pengguna biasa memerlukan beberapa tahun untuk mencapai jumlah lipatan yang dilakukan dalam ujian ini.

Xiaomi juga memberi tahu yang peranti ini boleh bertahan sehingga lima setengah tahun walaupun ia dibuka tutup sebanyak 100 kali sehari.

Dengan tanda harga RM6316, adakah peranti ini berbaloi dan setanding dengan telefon boleh-lipat jenama lain seperti Samsung Z Fold 2? Berikan pendapat anda.

Sumber: gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY