Menyentuh spesifikasi, Mi 10 dan Mi 10 Pro berkongsi beberapa spesifikasi yang sama iaitu skrin IPS LCD 6.67 inci dengan kadar segar semula 144Hz serta rekaan DotDisplay yang menempatkan kamera swafoto 20MP.
Selain itu, peranti ini dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 865, LPDDR5 dengan storan UFS 3.1, dwi pembesar suara, kapasiti bateri 5000mAh serta didatangkan dengan pengecasan pantas 33W dalam kotak pembelian. Kedua-dua model ini turut menyokong sambungan rangkaian 5G.
Mi 10T Pro
Mi 10T Pro dimuatkan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada 108MP utama dengan sensor Samsung HMX, 13MP sudut lebar dan 5MP makro. Ia juga hadir dengan 30x zum digital dan Optical Image Stabilization (OIS) serta menyokong rakaman video 8K.
Peranti ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Cosmic Black, Lunar Silver dan Aurora Blue.
Mi 10T
Bagi Mi 10T, ia didatangkan dengan tetapan tiga kamera, namun terdapat sedikit perbezaan dengan 64MP utama melalui sensor Sony IMX682, 13MP sudut lebar dan 5MP makro. Sama seperti Mi 10T Pro, peranti ini turut hadir dengan sokongan rakaman video 8K.
Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Black dan Lunar Silver.
Harga
Mi 10T Pro ditawarkan pada harga RM1,999 untuk RAM 8GB/256GB dan akan tersedia di Lazada mulai 9 Oktober 2020. Bagi Mi 10T, ia diletakkan pada harga RM1,699 untuk RAM 8GB/128GB storan. Peranti ini akan mula dijual di Lazada pada hujung Oktober nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=63UXGr2VpWw
Berkaitan
- WhatsApp Dilapor Bangunkan Ciri Baharu, Pindah 'Chat' Akan Jadi Lebih Mudah
- Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip
- Sistem Tol Tanpa Palang Akan Guna ANPR, RFID
- Kajian: Apple Kumpul Data Pengguna Paling Sedikit Berbanding Twitter, Google
- Counterpoint: Senarai 10 Telefon Paling Laris Untuk Tahun 2022
- Tak Perlu Guna Aplikasi Lain, Akhirnya Ciri Yang Ditunggu-Tunggu Kini Hadir Pada Aplikasi Photos iOS 16
- Huawei Mulakan Khidmat Penghantaran Ke Rumah Dengan Pembelian Mate Xs
- Android Kini Lebih Baik Dari iOS - Ketua Instagram
- Apple Patenkan Sarung Pelindung Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala
- Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan