Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Facebook

Meta Setuju Selesaikan Skandal Cambridge Analytica Dengan Bayaran Lebih RM3.2 Bilion

Diterbitkan Disember 23, 2022 ยท Dikemas kini Disember 23, 2022 oleh Amalina Athman

Pemfailan dari Mahkamah Daerah AS kini mendedahkan syarikat induk Facebook, iaitu Meta bersetuju untuk menyelesaikan skandal Cambridge Analytica dengan bayaran $725 juta (~RM3.2 bilion).

Penyelesaian yang dicadangkan itu akan menyelesaikan kes yang telah berlanjutan sejak 2018, di mana Facebook didakwa membenarkan firma perunding pihak ketiga itu untuk mengakses hampir 87 juta data pengguna tanpa persetujuan mereka.

Berkaitan

  • Ini Cara Memadam Semua Log Aktiviti Facebook Anda Yang Disimpan
  • Meta Perkenal Ciri Halang Perbualan 'Mencurigakan' Antara Pengguna Dewasa Bersama Remaja
  • Ubah Segera Tetapan Ini, Elakkan Facebook Tahu Aktiviti Perbankan Dan Laman Sesawang Anda Layari

Terdahulu, Cambridge Analytica, yang ditutup selepas dakwaan pada 2018, menjadi kontroversi kerana telah memperoleh data daripada Facebook untuk digunakan bagi tujuan kempen politik.

Skandal itu telah mendorong kerajaan di seluruh dunia untuk menilai semula amalan privasi mereka, dan Facebook telah bersetuju untuk membayar $5 bilion pada 2019 bagi menyelesaikan siasatan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan dan kemudian $100 juta lagi untuk tuntutan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS, yang mana kedua-duanya berkaitan dengan privasi pengguna serta cara data itu digunakan.

Kes itu mendorong kerajaan di seluruh dunia untuk menilai semula amalan privasi mereka, dan Facebook telah bersetuju untuk membayar $5 bilion (~RM22.1 bilion) pada 2019 untuk menyelesaikan siasatan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) dan kemudian $100 juta (~RM442 juta) lagi untuk menyelesaikan tuntutan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS, kedua-duanya berkaitan dengan privasi pengguna dan cara data mereka digunakan.

Berbalik kepada konteks, penyelesaian itu masih belum diluluskan oleh hakim persekutuan di Mahkamah Daerah Utara California.

Meta, yang dipetik oleh Reuters, tidak mengakui sebarang salah laku dan menyatakan bahawa penyelesaian itu adalah untuk kepentingan terbaik komuniti dan pemegang saham mereka. Tambahnya, sejak 3 tahun lalu, Meta telah merombak pendekatan terhadap privasi dan melaksanakan program privasi yang komprehensif.

Gambar utama: CNBC

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY