Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta, AFP

AI Bekerja Untuk Anda, Bukan Ambil Alih – Ini Maksud Meta

Diterbitkan Ogos 4, 2025 · Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Meta kini melihat tanda-tanda awal bahawa sistem AI mereka mula meningkatkan keupayaan sendiri, walaupun secara perlahan. Ini menjadikan pembangunan superintelligence semakin hampir untuk direalisasikan.

Mark Zuckerberg percaya bahawa AI akan mempercepatkan kemajuan dalam sains, kesihatan, kreativiti, dan kehidupan harian. Namun yang lebih penting, AI berpotensi membuka era baharu di mana individu diberi kuasa untuk mencapai matlamat peribadi mereka, bukan digantikan oleh mesin.

Meta membawa visi membangunkan “personal superintelligence” yang memahami pengguna secara mendalam dan membantu mereka mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup, membina hubungan yang lebih bermakna, dan berkembang sebagai individu.

Ini berbeza daripada pendekatan sesetengah syarikat lain yang melihat AI sebagai alat untuk menggantikan semua kerja manusia dan mengagihkan hasilnya secara kolektif.

Meta percaya bahawa kemajuan sebenar datang apabila setiap orang bebas mengejar aspirasi masing-masing.

Zuckerberg juga menjangka bahawa peranti seperti kacamata pintar AI akan menjadi peranti pengkomputeran utama pada masa depan kerana ia mampu melihat, mendengar, dan berinteraksi bersama pengguna sepanjang hari dalam konteks sebenar kehidupan mereka.

Dalam masa yang sama, Meta mengakui bahawa superintelligence membawa cabaran keselamatan yang unik. Oleh itu, mereka akan lebih berhati-hati dalam soal keterbukaan teknologi dan berusaha mengurangkan risiko dengan cara yang bertanggungjawab.

Meta percaya dekad ini akan menjadi tempoh penentu dalam menentukan hala tuju teknologi ini, sama ada ia digunakan untuk memperkasakan individu atau menggantikan sebahagian besar peranan masyarakat.

Berkaitan

  • 'Tamparan' Buat Apple, Eksekutif Penting AI Dilapor Sertai Meta
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Meta Bangunkan Alat Seakan Jam Tangan Untuk Menaip Dengan Isyarat Tangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY