Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp_featured image

Meta Disaman, Didakwa Boleh Lihat Mesej WhatsApp Pengguna

Diterbitkan Januari 28, 2026 · Dikemas kini Januari 28, 2026 oleh Amalina Athman

Sekumpulan pengguna dilaporkan memfailkan saman terhadap Meta Platforms, mendakwa syarikat itu membuat kenyataan palsu mengenai privasi dan keselamatan perkhidmatan sembang WhatsApp.

Untuk konteks, Meta menekankan ciri “penyulitan hujung ke hujung” sebagai fungsi utama WhatsApp bagi memastikan mesej hanya boleh diakses oleh pengirim dan penerima. Diaktifkan secara default, WhatsApp memaparkan mesej bahawa “hanya orang dalam sembang ini boleh membaca, mendengar, atau berkongsi” mesej tersebut.

WhatsApp end to end encryption_

Dalam saman yang difailkan Jumaat lalu di Mahkamah Daerah AS di San Francisco, kumpulan plaintif itu mendakwa kenyataan privasi Meta adalah palsu. Sebaliknya, Meta dan WhatsApp didakwa menyimpan, menganalisis dan boleh mengakses hampir semua komunikasi peribadi pengguna.

Kumpulan plaintif itu termasuk wakil dari Australia, Brazil, India, Mexico dan Afrika Selatan, yang mewakili lebih 2 bilion pengguna di seluruh dunia.

Saman itu juga merujuk kepada “pembocor maklumat” yang mendedahkan perkara ini, walaupun tidak menyatakan siapa mereka.

Pengasas dan CEO Telegram, Pavel Durov, turut mengkritik pengguna yang masih mempercayai WhatsApp selamat pada tahun 2026. Menurut Durov, pasukannya menganalisis cara WhatsApp melaksanakan encryption dan mendapati terdapat pelbagai laluan serangan.

You’d have to be braindead to believe WhatsApp is secure in 2026. When we analyzed how WhatsApp implemented its “encryption”, we found multiple attack vectors. https://t.co/BC1TWFAIlc

— Pavel Durov (@durov) January 26, 2026

Sementara itu, jurucakap Meta menyifatkan saman berkenaan sebagai tidak berasas dan berkata syarikat akan menuntut sekatan terhadap peguam plaintif.

WhatsApp pula menegaskan mesej di platform itu kekal peribadi, menggunakan protokal Signal sumber terbuka untuk penyulitan hujung ke hujung. Sebarang dakwaan sebaliknya adalah palsu.

Your WhatsApp messages are private. We use the open-source Signal protocol to encrypt them.

•⁠ ⁠Encryption happens on your device
•⁠ ⁠Messages are encrypted before leaving your device
•⁠ ⁠⁠Only the intended recipient has the keys to decrypt messages
•⁠ ⁠The…

— WhatsApp (@WhatsApp) January 27, 2026

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Langganan Tanpa Iklan Untuk Pengguna Di Eropah
  • WhatsApp Diberi Tempoh Hingga Mei Untuk Patuh Peraturan Baru EU
  • WhatsApp Perkenal Ciri Baharu Untuk Kawalan Keselamatan Lebih Ketat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY