Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta AI_

Meta Dilapor Jalin Perjanjian Bernilai ~RM42.1 Bilion Dengan Google Cloud

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

Meta dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan Google Cloud bernilai lebih $10 bilion (~RM42.1 bilion) untuk tempoh enam tahun.

Perjanjian ini merangkumi penggunaan pelayan pusat data, storan, rangkaian dan perkhidmatan lain Google.

Langkah ini selaras dengan strategi CEO Mark Zuckerberg yang kini agresif melabur dalam infrastruktur AI dan membina pasukan untuk mencapai apa yang beliau sebut sebagai AI superintelligence.

Perjanjian tersebut adalah antara yang terbesar dalam sejarah 17 tahun Google Cloud dengan untuk tahun ini sahaja syarikat itu dijangka akan menjana pendapatan sekitar $50 bilion.

Meta sendiri meningkatkan perbelanjaan modal kepada $17 bilion pada suku kedua 2025, sebahagian daripada jumlah tahunan antara $66-72 bilion.

Walaupun keputusan kewangan Meta kukuh, penganalisis memberi amaran dengan persoalan besar tentang hala tuju masa depan syarikat itu dalam perlumbaan AI global.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Pekerja TikTok Di Malaysia Dan UK Tergugat Dengan Gelombang AI
  • Malaysia Lancar Bank Pertama Di Dunia Dikuasakan AI

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY