Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta didenda

Meta Dedah 8 Firma Perisian Perisik Sasarkan Peranti iOS, Android Dan Windows

Diterbitkan Februari 21, 2024 ยท Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh ariff bukhari

Meta dalam Laporan Ancaman Tahunan untuk suku keempat 2023 mendedahkan penemuan sejumlah perisian pengintip menyasarkan pengguna peranti iOS, Android dan Windows.

Dalam laporannya itu Meta berkata mereka mengambil satu siri tindakan untuk menyekat aktiviti berniat jahat daripada 8 firma berbeza yang berpangkalan di Itali, Sepanyol dan Emiriah Arab Bersatu (U.A.E.) yang beroperasi dalam industri pengawasan untuk disewa.

8 syarikat itu adalah Cy4Gate/ELT Group, RCS Labs, IPS Intelligence, Variston IT, TrueL IT, Protect Electronic Systems, Negg Group dan Mollitiam Industries.

Dalam kenyataan Meta, mereka mengatakan perisian hasad syarikat tersebut mampu untuk mengumpul dan mengakses maklumat peranti, lokasi, gambar dan media, kenalan, kalendar, e-mel, SMS, media sosial dan aplikasi pemesejan.

Selain itu, mereka juga boleh mengakses mikrofon, kamera dan tangkap layar pada peranti.

Meta turut mendakwa, firma-firma ini juga terlibat dalam aktiviti mengikis, kejuruteraan sosial dan pancingan data yang menyasarkan pelbagai platform seperti Facebook, Instagram, X (dahulunya Twitter), YouTube, Skype, GitHub, Reddit, Google, LinkedIn, Quora, Tumblr, VK, Flickr, TikTok, SnapChat, Gettr, Viber, Twitch dan Telegram.

Sebagai tindak balas, Meta telah memperkenalkan ciri baharu seperti Control Flow Integrity (CFI) yang didayakan pada Messenger untuk Android dan pengasingan memori VoIP untuk WhatsApp dalam usaha untuk menjadikan eksploitasi lebih sukar dan mengurangkan keseluruhan permukaan serangan.

Berkaitan

  • Shopee Umum Kenaikan Kadar SST Kepada 8% Bermula Mac
  • Hantar iPhone Palsu Ditukar Kepada Tulen, 2 Rakyat China Dipenjara Lebih 20 Tahun
  • 'guru' Antara 11 Kata Laluan Paling Teruk Tetapi Sering Diguna Rakyat Malaysia

Sumber: Meta, The Hacker News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY