Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Andaman Islands

MET Malaysia Kesan 20 Siri Kejadian Gempa Bumi Sekitar Kepulauan Andaman

Diterbitkan Julai 7, 2022 oleh ariff bukhari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan rasmi semalam memaklumkan bahawa mereka telah mengesan sebanyak 20 siri kejadian gempa bumi di sekitar Kepulauan Andaman.

Siri gempa bumi itu dikesan berlaku dari 4 hingga 6 Julai 2022 (4:01 petang) dengan magnitud lemah iaitu kurang daripada 5.0.

Kejadian gempa bumi di Kepulauan Andaman itu telah tular di media sosial.

MET Malaysia menyatakan, mereka tidak menjangkakan kejadian tersebut berpotensi mengakibatkan tsunami yang akan memberi kesan kepada Malaysia berdasarkan pemantauan berterusan serta analisis data dan maklumat seismologi dan tsunami.

Namun begitu, pemantauan berterusan ke atas kejadian gempa itu akan dibuat dan MET Malaysia akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang akan memberi kesan kepada negara.

Sumber: MET Malaysia 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY