Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

Menteri Persoal Dakwaan Liputan Rangkaian 5G Negara Cecah Hampir 50%

Diterbitkan Januari 4, 2023 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia telah mencecah hampir 50% liputan di kawasan berpenduduk (COPA) pada akhir 2022.

Walaubagaimanapun Bernama hari ini melaporkan, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil meminta pihak DNB menjelaskan bagaimana syarikat itu membuat kesimpulan tersebut.

Menerusi akaun Twitter rasminya beliau berkata, “…DNB perlu menjelaskan bagaimana mereka memperoleh angka tersebut. MCMC belum lagi menentusahkan maklumat ini”.

I think @DNB_Official must explain how they arrived at these figures.@MCMC_RASMI has not yet verified this info.

Next time I don’t think DNB should publish prior to verification. https://t.co/JHjCipq6LJ

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) January 3, 2023

Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi DNB, Nasution Mohamed memaklumkan, liputan rangkaian 5G telah mencapai lebih 90% COPA di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor dan 50% di Johor, Melaka serta Negeri Sembilan.

Sementara negeri-negeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 kelak.

Berkaitan

  • Rasmi, Akhirnya Siri iPhone Ini Disenarai DNB Sokong 5G Malaysia
  • DNB: Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Hampir Cecah 50%, Lepasi Sasaran Awal
  • Kerajaan Akan Teliti SOP SMS Yang Dihantar GOV - Timbalan Menteri KKD

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY