Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RAILS 1

Menteri Pengangkutan Lancar Aplikasi Baharu, Memudahkan Pengguna Buat Aduan

Diterbitkan Mac 22, 2023 · Dikemas kini Mac 22, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook telah menyempurnakan pelancaran aplikasi baharu yang dinamakan sebagai RAILS.

RAILS atau ‘Railway Assets Intelligence System’ telah dibangunkan oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sejak tahun 2017 lagi.

Cuma pada ketika itu , ia hanya boleh diakses melalui komputer sahaja yang  menawarkan pelbagai modul dengan fokus utama kepada pengurusan sewaan aset kereta api.

Kemudian pada 2021, aplikasi ini dibangunkan untuk peranti mudah alih dengan fokus yang sama tetapi secara lebih mudah dan cepat.

RAILS 2

Aplikasi ini telah menawarkan pelbagai modul bagi pengguna dalaman dan luaran serta memberi fokus utama kepada pengurusan sewaan aset secara atas talian agar menjadi lebih teratur, mudah serta menjimatkan kos melalui kemudahan untuk muat turun inbois dan pembayaran secara atas talian.

Selain itu, orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan atau pertanyaan melalui RAILS dan dengan adanya aplikasi mudah alih ini yang mengintegrasikan semua kemudahan dalam satu sistem, akses pelanggan kepada RAC akan menjadi lebih mudah.

Malah RAILS juga membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh RAC tanpa mengira waktu, masa dan tempat.

Aplikasi RAILS boleh dimuat turun secara percuma untuk peranti Android dan iOS.

Berkaitan

  • Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Bakal Terima Insentif e-Dompet RM20
  • Suruhanjaya Persaingan Sambut Baik Usaha Kerajaan Cuba Isu Henti Monopoli Touch 'n Go
  • Malaysia Atasi Thailand, Vietnam Dan Indonesia Sebagai Negara Paling Bahagia 2023

Sumber: MOT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY