Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mengutamakan Pelanggan, Samsung Malaysia Teruskan Kecemerlangan Di Putra Brand Awards

Mengutamakan Pelanggan, Samsung Malaysia Teruskan Kecemerlangan Di Putra Brand Awards

Diterbitkan Januari 20, 2023 oleh ariff bukhari

Di acara Putra Brand Awards 2022 yang berlangsung baru-baru ini, Samsung Malaysia telah berjaya meneruskan kecemerlangan dengan menyambar 2 Anugerah Platinum dan 1 Anugerah Emas.

Samsung Malaysia membawa pulang 2 Anugerah Platinum bagi kategori ‘Peranti Komunikasi’ dan ‘Kamera serta kategori IT dan Peralatan Pejabat.

Manakala Anugerah Emas pula dicapai menerusi kategori ‘Peribadi,
Isi rumah dan Perkakas Luar.

Pencapaian ini menandakan 12 tahun kemenangan Samsung untuk pelbagai
kategori dalam Anugerah Jenama Putra sejak pelancarannya pada 2010 dahulu.

Samsung Putra Brand Awards 2022

“Pencapaian kami dalam pelbagai kategori di Anugerah Jenama Putra
2022 mencerminkan kehadiran jenama kami yang kukuh, dibina atas kepercayaan. Sesungguhnya kami amat merendah diri mengetahui bahawa pengiktirafan ini datang terus daripada pengguna kami dengan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pilihan utama mereka,” kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Malaysia Electronics.

Putra Brand Awards mengiktiraf jenama dalam landskap tempatan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia melalui kajian tinjauan pengguna yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan antarabangsa, IPSOS.

Lebih daripada  6,000 pengguna telah mengambil bahagian untuk menentukan kegemaran jenama Malaysia dalam pelbagai kategori pada tahun ini.

Berkaitan

  • "CCTV" Rumah Kini Boleh Dilihat Secara Langsung Melalui Peranti Galaxy Watch
  • Kesan Garis Lipatan Hampir Tiada, Samsung Perlihat Skrin Yang Boleh Dilipat 360 Darjah
  • ASUS Malaysia Raih Anugerah Kategori Peranti dan Kamera Serta IT dan Peralatan Pejabat

Sumber: Media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
©2026 WISER.MY