Wujudkah Telefon Dengan Apertur Boleh Ubah Selain Samsung Galaxy S9?

Apertur adalah merupakan bukaan lensa kedalam sensor yang mengawal sebanyak mana cahaya yang diterima.

Kapsyen: Bukaan apertur


Lebih besar bukaan sensor, lebih banyaklah cahaya yang diterima menjadikan gambar lebih cerah.

Untuk kamera digital atau mirrorless, aperture boleh sahaja diubah sesuka hati namun telefon pintar tidak boleh kerena ia bernilai tetap.

Ini adalah kerana untuk menjadikan apertur pada telefon pintar boleh diubah, ia memerlukan sistem yang kompleks dan kejuruteraan tinggi disebabkan komponen dan sensor yang kecil.

Namun dalam sejarah telefon pintar, walaupun tidak banyak, ada sahaja percubaan pengeluar untuk menyertakan sistem kamera dengan apertur boleh ubah.

Jom kita melihat model telefon manakah yang boleh mengubah saiz bukaan apertur mereka di bawah.

Siri Samsung Galaxy S9


Model yang paling segar dalam ingatan kerana baru sahaja lagi diperkenalkan adalah Samsung Galaxy S9 dan S9+ pada tahun 2018.

Kapsyen: Samsung Galaxy S9


Mempertaruhkan sistem kamera terbaharu dengan bukaan apertur dwi-mod kamera utama 12MP iaitu F/1.5 dan F/2.4. Ideanya adalah kamera akan menggunakan apertur lebih besar F/1.5 ketika kurang cahaya untuk gambar lebih cerah.

Dengan F/1.5 itu, ia menjadikannya telefon dengan saiz apertur paling besar dalam sejarah telefon.

Nilai apertur itu walau bagaimanapun tidak boleh terhenti pada nombor selain F/1.5 dan F/2.4 seperti F/2.0 atau F/1.6. Ia juga bertukar secara automatik bergantung kepada situasi cahaya sama ada cerah atau gelap.



Pengguna boleh sahaja menggunakan mod F/1.5 setiap masa jika mahu, tetapi F/1.5 pada waktu siang akan menjadikan gambar kurang tajam kerana terlalu banyak cahaya.

Mungkin kerana kos yang tinggi, Samsung hanya menggunakan ciri ini pada 2 generasi sahaja Galaxy S9 dan Galaxy S10 serta tidak menggunakannya pada Galaxy S20.

Samsung Galaxy S4 Zoom


Lama sebelum siri S9, Samsung ada melancarkan satu model telefon dengan apertur boleh ubah pada tahun 2014 iaitu Samsung Galaxy S4 Zoom.

Kapsyen: Samsung Galaxy S4 Zoom


Galaxy S4 Zoom adalah merupapakan telefon pintar memfokuskan kemampuan kamrea dengan lensa zum sehingga 10x optikal (sesuai dengan namanya).

Ia juga mempunyai sensor yang agak besar pada zaman itu berbanding pesaing menggunakan resolusi 16MP.

Pengguna juga boleh mengubah apertur kamera dalam dua pilihan. Pada 24mm, apertur boleh diubah sama ada f/3.1 atau f/8.8, manakala zum 240mm pengguna boleh memilih f/6.3 atau f/17.8.

Galaxy S4 Zoom juga mempunyai cahaya Xenon dan OIS, sesuatu yang agak jarang ditemui pada ketika itu.

Kapsyen: Samsung Galaxy S4 Zoom


Dengan bonggol besar, memegang telefon itu sudah tentu agak janggal namun mengoperasikannnya sebagai sebuah kamera lebih mudah dari segi pegangan.

Di akhirnya, Galaxy S4 Zoom mempunyai kualiti zum yang hebat, tetapi imej kualiti secara keseluruhan tidaklah terlalu gempak diberikan sistem kameranya tebalnya.

Samsung Galaxy K Zoom


Galaxy S4 Zoom mendapat model pengganti setahun kemudian melalui Galaxy K Zoom.

Kapsyen: Samsung Galaxy K Zoom


Ia membawa kemaskini spesifikasi dan kemampuan kamera lebih hebat. Sensornya masih lagi mempunyai 10x zum optikal namun ia lebih besar dan dinaikkan kepada 20.7MP.

Bukaan aperturnya masih lagi sama dengan S4 Zoom iaitu f/3.1 atau f/8.8 pada 24mm dan f/6.3 atau f/17.8 pada zum maksimum 240mm.

Kapsyen: Samsung Galaxy K Zoom


Rekaannya juga lebih nipis berbanding Galaxy S4 Zoom menjadikannya model yang lebih ringan.

Dengan spesifikasi dan kemampuan kamera lebih hebat, kualiti imejnya lebih baik dari S4 Zoom menjadikannya hampir setanding dengan kualiti imej dari kamera kompak pada zaman itu.

Panasonic Lumix CM1


Pada tahun 2014 yang sama juga, Panasonic cuba memasuki arena telefon + kamera dengan resipi tersendiri dengan memperkenalkan Lumix CM1.

Kapsyen: Panasonic Lumix CM1


Ia menggabungkan sensor terbesar pernah dimuatkan dalam telefon iaitu saiz 1 inci, 7 kali lebih besar dari telefon normal, bersama-sama optik dari Leica.

Berlainan dengan S4 Zoom dan K Zoom, CM1 tidak mempunyai zum optikal jadi ia mempunyai sistem kamera tidak setebal dari Samsung.

Dengan bukaan apertur dari F/2.8 hingga ke F/11, sensor 20MP itu mempamerkan prestasi kurang cahaya yang sangat baik, hingar yang kurang, dan juga butiran yang tinggi.

Ia juga mempunyai butang fizikal terbina seperti sebuah kamera sebenar untuk memudahkan pengalaman menggunakan kamera pada CM1.

Kapsyen: Panasonic Lumix CM1


Rekaan Lumix CM1 juga nampak lebih premium dengan padanan plastik bertekstur memberikan pegangan lebih kemas.

Dengan kesemua kemampuan kamera yang disertakan, ia membawa harga jualan yang tinggi lebih mahal dari kebanyakan telefon pintar sezamannya.

Nokia N86


Percubaan Nokia pada tahun 2009 menyaksikan mereka mencuba buat kalinya menyumbat sensor pertama bersaiz 8MP untuk jenama itu.

Kapsyen: Nokia N86


8MP sahaja tidak cukup, jadi Nokia membuat kelainan iaitu menyertakan 3 nilai apertur tetap boleh ubah pada kameranya iaitu  F/2.4, F/3.2, dan F/4.8.

Kaedah yang digunakan Nokia adalah secara automatik jadi pengguna tidak boleh mengubah antara 3 nilai ini sesuka hati.

Menariknya, N86 menggunakan shutter jenis mekanikal berbanding digital sama seperti sebuah kamera dan mampu beroperasi pada kelajuan tertinggi 1/1000.

Kapsyen: Kamera belakang Nokia N86

Dengan kemampuan kamera yang hebat ini, ia menjadikan Nokia N86 antara telefon pintar dengan kamera terbaik pada tahun 2009.


Rujukan:

  • GSMArena: Samsung Galaxy S4 Zoom, Lebih Kamera Dari Telefon

  • Ephotozine: Ulasan Kamera Panasonic Lumix DMC-CM1

  • Ephotozine: Ulasan Samsung Galaxy K Zoom

Berkaitan